Kumulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Yeea, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.
Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendri tidak tahu siapa. InsyaAllah. aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seanak-enaknya memberi seyuman manis kepada lelaki-lelaki laen.
Pertamanya, aku mohon maaf secara terbuka, andai episod semalam pernah menyaksikan kecundangnya aku dalam bab cinta. Baru aku sedar, aku tidak pernah memberikan cinta kepada mereka, aku menipu diri sendiri. Yang pastinya, aku tidak pernah jujur.. aku mohon maaf andai kesucian hati sebelum ini pernah dirobek.
Aku cuma menginginkan kamu dalam persedian. Aku tidak kisah siapa pun kamu, yang penting kamu belajar. Menambahkan ilmu di dada, agar suatu hari nanti kamu boley mengajar anak-anak kita dengan ilmu kamu. Aku tidak suka lelaki yang membuang masanya, menghabiskan msa melepak bersama-sama rakan-rakan. Kerana aku mementingkan ilmu sebagaimana aku sedang berusaha untuk meraih ilmu kini
Aku juga mahu kamu yang tidak ku ketahui siapa untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Aku ingin, setelah pernikahan kita nanti, malam-malam kita diisi dengan tahajud cinta kepadanya. Aku sangat menginginkan detik ini kerana aku sangat sukar melakukanya sendirian. Dan aku sangat mahukan engku menjadi Imamku pada setiap solat-solatku. Tolong tunaikanyya
Aku sangat dukacita andai kamu yang tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Aku tidak mahu kamu mudah berputus asa, kerana aku akan sentiasa mendoakan kamu yang aku sndri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. semoga kamu dapat menjadi seperti Asdullah.
Maafkan aku, jika sebelum kita bertemu, akhlakku masih pincang. Kata hati sering diikuti. Kerana allah belum menemukan kita, kerana kita masih dalam perjuangan..perjuangan memburu cinta Illahi.
bakal Zaujku,
Aku pernah memohon kepada Allah, agar dia mengirimkan engku secepatnya kepadaku agar aku dapat berlindung kepadamu tapi aku tidak tahu siapa kamu. yang pastinya aku sngat takut untuk mengharungi dunia ini seorang diri.
Yang paling penting, semoga engkau dapat menghormati kedua orang tuaku dan anggap mereka sebagai orang Tuamu. kasihilah mereka dan aku minta agar dpat berbakti untuk mereka walaupown tanggungjawabku akan beralih padamu sautu seketika.
Aku tidak tahu, sama ada bakal zaujku adalah kamu yang aku KENAL ataupown TIDAK. Siapa kamu aku terima seadanya, cuma aku mohon semoga kamu punyai iman dan agama untuk membimbing suati hari nanti apabila tiba masanya saat kita dipertemukan allah. Maafkan segaa keterlanjuran sepanjang hayatku sebelum kita bertemu. iaitu saat ini.
Akhir kata, semoga allah melindung kamu dan aku walau di mana kita berada. Semoga allah yang akan manjdi urusan utama kita pasa setiap ketika.InsyaalAllah aku akan cuba sedaya upaya menjaga diriku sebaik mungkin. hidupku cuma ada allah, dan itu keyakinanku. semoga kia dipertemukan oleh Allah pada masa yang telah ditetapkan untuk kita =)
yang benar : Lyana Anuar
p/s ; Kamu tahu ? aku sangat bersalah kepadamu.
sapa-sapa nak tulis surat untuk bakal Zauj masing-masing. boley Copy atas neh=) Sharing is Caring ( ttba jadi bahasa Baku.. abaikan sja, yg penting maksud and makna. hihi )


.jpg)